Dewan Rakyat lulus Jawatankuasa Pemilih

Parlimen: Dewan Rakyat lulus Jawatankuasa Pemilih bagi tempoh Parlimen ke-15 

KERAJAAN Pusat yang terbentuk hari ini adalah gabungan 148 kerusi Parlimen dan tidak akan tergugat walau apa pun keputusan pilihan raya negeri (PRN) pada Sabtu ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan pelantikan Jawatankuasa Pemilih bagi tempoh Parlimen ke-15.

Jawatankuasa itu diketuai Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul sebagai Pengerusi dan dianggotai enam ahli jawatankuasa.

Mereka ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof (GPS-Petra Jaya); Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siw Fook (PH-Seremban) dan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli (PH-Pandan).

Selain itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said (BN-Pengerang); Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin (PN-Larut) dan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) turut menganggotai jawatankuasa pemilih itu. 

Usul yang dibacakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd. Ali mengikut Peraturan Mesyuarat 76 itu diluluskan dengan suara majoriti ahli Dewan Rakyat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN