Dakwaan UiTM Holdings rugi RM157 juta: KPT tidak kompromi

Dakwaan UiTM Holdings rugi RM157 juta: KPT tidak kompromi

MOHAMED KHALED NORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengalu-alukan sebarang bentuk siasatan dijalankan berhubung dakwaan ketidakcekapan dan ketirisan membabitkan kerugian RM157 juta oleh UiTM Holdings.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pihak-pihak yang berkenaan diarahkan untuk memberikan kerjasama yang sewajarnya terhadap kes itu.

Beliau berkata, penekanan khusus akan melibatkan nilai integriti dan tata kelola dalam tadbir urus universiti termasuk berpandukan kepada UniTP Green Book (Enhancing University Board Governance and Effectiveness).

“Selain daripada siasatan yang dijalankan, KPT akan membuat semakan dan penambahbaikan terhadap garis panduan yang telah ditetapkan berkenaan pengurusan syarikat pegangan universiti serta mengukur kepatuhan oleh syarikat yang berkaitan.

“KPT menegaskan tidak akan berkompromi sekiranya berlaku sebarang pelanggaran atau ketidakpatuhan terhadap garis panduan yang ditetapkan atau undang-undang sedia ada yang terpakai,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, KPT mengambil maklum terhadap laporan akhbar bertajuk ‘UiTM Holdings rugi RM157 juta’ yang disiarkan oleh Utusan Malaysia pada 7 Februari 2023.

Mohamed Khaled berkata, jumlah RM157 juta yang dilaporkan tersebut adalah berdasarkan kepada kiraan kerugian sebelum cukai terkumpul selama empat tahun iaitu bagi tahun 2017, 2018, 2019 dan 2021.

Menurutnya, keuntungan sebelum cukai terkumpul yang dilaporkan bagi tahun 2011, 2013, 2014, 2015 dan 2016 adalah sekitar RM26 juta.

“UiTM Holdings Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat pegangan pelaburan milik penuh UiTM yang menguruskan lapan buah syarikat berkaitan tenaga, penjagaan kesihatan, teknologi dan kreatif,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.