Cuaca tidak menentu punca harga sayur mahal

Cuaca tidak menentu punca harga sayur mahal

NOZA Ismail (kanan) melayan pelanggan yang membeli sayur di gerainya di RTC Tunjung, Kota Bharu, Kelantan, semalam. - FOTO/ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Monsun Timur Laut (MTL) yang membawa kepada situasi cuaca tidak menentu ketika ini menyaksikan harga sayur-sayuran di negeri ini masih lagi tinggi.

Tinjauan Utusan Malaysia di pasar basah Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjung, di sini semalam mendapati masih berlaku kenaikan harga melibatkan sayuran jenis terung, petola dan bayam antara RM2 hingga RM3.

Seorang peniaga, Noza Ismail, 52, mengakui kenaikan harga sayur itu disebabkan oleh situasi cuaca yang masih tidak menentu ketika ini.

Menurutnya, pada masa sama mereka turut memperoleh harga yang mahal daripada pemborong.

“Setakat ini bekalan sayur tidak mempunyai masalah untuk dijual kepada pelanggan.

“Kebanyakan sayur ini diperoleh daripada pembekal tempatan,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Seorang lagi peniaga, Nur Nabilah Muhammad, 24, memberitahu, dia tidak menolak kemungkinan kenaikan itu disebabkan oleh peningkatan harga baja.

Katanya, peningkatan itu secara tidak langsung memberikan kesan kepada kos operasi pengeluaran walaupun diperoleh daripada penduduk kampung.

Sementara itu, seorang pengguna Zamir Abdullah, 40, berharap kerajaan dapat mengawal harga sayur-sayuran di pasaran ketika ini.

Katanya, kenaikan harga sayur sedikit sebanyak memberikan kesan kepada mereka yang berpendapatan rendah. – UTUSAN

Info

Harga terkini
1. Terung RM10 sekilogram
2. Petola RM7
3. Bayam RM10

Harga lama
1. Terung RM7 sekilogram
2. Petola RM5
3. Bayam RM8

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.