Calon BN kekal guna lambang dacing untuk 6 PRN

Calon BN kekal guna lambang dacing untuk 6 PRN

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kesemua calon parti komponen dalam Barisan Nasional (BN) kekal dengan lambang dacing untuk kempen enam pilihan raya negeri (PRN) kelak. 

Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, BN juga dijangka tidak menggunakan lambang gabungan blok lain.

 “Kita (BN) akan menjalinkan kerjasama dengan kesemua parti dalam Kerajaan Perpaduan namun calon BN tetap kekal dengan lambang BN untuk enam PRN tersebut,” katanya selepas melawat Ibu Pejabat Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) di sini. hari ini.

Semalam, enam ketua kerajaan negeri  bersetuju membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing akhir Jun ini untuk PRN diadakan serentak. Kesepakatan itu meliputi Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan yang dikuasai Pakatan Harapan serta Kedah, Kelantan dan Terengganu yang ditadbir oleh Perikatan Nasional.

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata, setakat ini parti itu belum memuktamadkan soal pembahagian kerusinya dengan tiga komponen BN lain.

“Kita (BN) memang akan membincangkan lebih terperinci isu agihan kesemua kerusi ketika sesi mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan dalam masa terdekat,” katanya.

Meskipun tidak menyatakan secara spesifik, beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri seperti memberi bayangan bahawa perbincangan itu bagi memastikan tiada berlaku pertembungan parti Kerajaan Perpaduan.

Pada masa sama, beliau mengesahkan BN setakat ini belum lagi memuktamadkan calon untuk kerusi tertentu yang dijangka bagi mengelakkan pertindihan sesama mereka sendiri. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya