Bruce Willis hidap demensia - Utusan Malaysia

Bruce Willis hidap demensia

NEW YORK: Pelakon, Bruce Willis, 67, disahkan menghidap penyakit demensia atau kemerosotan fungsi kognitif.

Menurut ABC News, ahli keluarga pelakon berkenaan memaklumkan keadaannya semakin merosot disebabkan ketiadaan penawar yang berkesan memperlahankan masalah tersebut.

“Bruce mengalami demensia frontotemporal yang menjejaskan percakapan, perlakuan dan pengucapannya,” katanya dalam kenyataan.

Pelakon filem Die Hard itu memutuskan bersara dalam bidang lakonan, tahun lalu selepas disahkan menghidap afasia yang menyebabkannya hilang keupayaan untuk berkomunikasi.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN