Bot tangkap ikan bilis di kawasan larangan ditahan

Bot tangkap ikan bilis di kawasan larangan ditahan

TEKONG bersama krew bot nelayan tempatan kelas A yang ditahan Maritim Malaysia kerana didapati melanggar syarat sah lesen dan tangkapan di kawasan larangan di Langkawi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Sebuah bot nelayan tempatan kelas A ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) bersama empat krew kerana didapati menangkap ikan bilis di kawasan yang tidak dibenarkan di sini, semalam.

Pengarah Maritim Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa berkata, bot tersebut ditahan di kedudukan kira-kira 0.2 batu nautika dari selatan Pulau Beras Basah pada pukul 1 tengah hari.

“Bot nelayan tersebut dikendalikan oleh seorang tekong bersama tiga krew, kesemuanya warga tempatan berumur lingkungan 25 hingga 57 tahun. Mereka dibawa ke Jeti Maritim Malaysia Bukit Malut untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Romli berkata, bot tersebut turut melanggar syarat sah lesen apabila didapati diusahakan oleh bukan pemiliknya dan kes terbabit disiasat di bawah Akta Perikanan 1985.

Tambahnya, Maritim Malaysia akan terus memantau dan memastikan perairan negara terkawal daripada sebarang pelanggaran undang-undang termasuk aktiviti perikanan tanpa permit, pencerobohan bot nelayan asing yang cuba mencuri hasil laut di perairan Malaysia dan jenayah maritim lain.

Beliau turut menyeru komuniti maritim setempat yang mempunyai maklumat mengenai kesalahan jenayah di laut untuk melaporkan kepada Maritim Negeri Kedah dan Perlis di talian 04-9662750 atau MERS 999. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya