BN sokong Hajiji sebagai Ketua Menteri - Utusan Malaysia

BN sokong Hajiji sebagai Ketua Menteri

Kedudukan Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri semakin kukuh selepas Barisan Nasional (BN) menyatakan sokongan terhadap beliau.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) mengambil ketetapan memberi sokongan dan mendukung Kerajaan Perpaduan Sabah pimpinan Datuk Seri Hajiji Noor selaku Ketua Menteri Sabah.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dalam satu kenyataan, hari ini.

“Pendirian ini sejajar dengan ketetapan parti-parti di peringkat Persekutuan yang telah membentuk Kerajaan Perpaduan,” katanya.

Politik Sabah sebelum ini bergolak semula selepas BN Sabah menarik diri daripada kerajaan negeri selepas hilang kepercayaan terhadap Hajiji.

Selepas beberapa hari kemelut, Hajiji mengumumkan rombakan Kabinet kerajaan Sabah dengan menyaksikan perubahan dalam lapan daripada 11 portfolio menteri negeri.

Tiga menteri dari BN iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag, Datuk Seri Bung Moktar Radin; ADUN Karambunai, Datuk Yakub Khan dan ADUN Sukau, Datuk Jafry Arifin digugurkan.

Rombakan Kabinet negeri turut menyaksikan dua ADUN Pakatan Harapan (PH) Sabah antara menteri baharu yang mengangkat sumpah jawatan bagi portfolio masing-masing.

Dalam masa sama, beliau berkata, BN menamakan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Yakub Khan untuk mewakili UMNO dan BN Sabah dalam perundingan dengan Kerajaan Perpaduan Sabah.

Katanya, ia selepas Majlis Pimpinan Sekretariat Kerajaan Perpaduan yang bersidang pada 7 Februari lalu membuat ketetapan untuk mewujudkan sebuah sekretariat serupa di peringkat negeri-negeri termasuk Sabah.

“BN Sabah dipertanggungjawab bagi menggembleng segala usaha dan upaya untuk memastikan agenda perpaduan ini dapat direalisasikan sekali gus memberikan khidmat bakti terbaik kepada rakyat Sabah melalui Kerajaan Perpaduan Sabah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya