Beyonce lebur rekod mendiang Georg Solti - Utusan Malaysia

Beyonce lebur rekod mendiang Georg Solti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Penyanyi, Beyonce Knowles, 41, mencipta sejarah sebagai penerima terbanyak anugerah Grammy, meleburkan rekod dipegang selama 20 tahun konduktor bertaraf legenda, mendiang Georg Solti.

Beyonce kini memiliki 32 buah anugerah Grammy selepas kemenangan Album Dance/Elektronik Terbaik untuk album Renaissance pagi tadi.

Beyonce memadamkan rekod dipegang Solti, yang memiliki 31 buah anugerah Grammy sepanjang hayatnya.

Beyonce turut pulang bersama beberapa anugerah lain termasuk Lagu Dance/Elektronik Terbaik dan Lagu R&B Terbaik.

Anugerah berprestij tersebut menampilkan pengacara dan pelawak terkenal Travor Noah sebagai hos.

Penganjuran kali ini dimeriahkan dengan persembahan daripada barisan artis ternama seperti Harry Style, Lizzo, DJ Khaled, Bad Bunny dan ramai lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya