Bersatu tulis surat ke SPRM, minta nyahbeku akaun

Bersatu tulis surat ke SPRM, minta nyah beku akaun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan menulis surat rasmi kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini supaya perintah pembekuan akaun parti tersebut dibatalkan.

Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, SPRM seharusnya mengambil tindakan sedemikian sekiranya selepas siasatan dilakukan tiada bukti dapat mengesahkan dakwaan penyelewengan dalam pakej rangsangan Covid-19.

Kata beliau, pembekuan akaun Bersatu menjejaskan parti itu yang merupakan sebuah pertubuhan politik penting dan besar dalam negara untuk membayar gaji pihak pentadbiran.

“Sekarang mereka kata beku tiga bulan, pun susah. Itu membawa kepada kelicinan pentadbiran parti dan juga peranan kita sebagai parti yang penting dalam negara.

“Jadi sebab itu kita minta seboleh mungkin selepas disemak dan didapati tiada sebarang bentuk penyelewengan, salah guna kuasa. Maka, SPRM harus segerakan buat keputusan supaya keputusan itu (pembekuan) dapat dibatalkan,” katanya dalam sidang akhbar, di sini, hari ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya