Berpelitup muka, naik kereta samun tepi jalan - Utusan Malaysia

Berpelitup muka, naik kereta samun tepi jalan

Samun
SEORANG wanita disamun ketika hendak memasuki ke dalam keretanya dalam satu kejadian dekat Jalan Mokhtar, Kapar di Klang, Selangor, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Seorang penyelia pasar raya mini menempuh detik menakutkan apabila disamun lelaki berparang dan berpelitup muka yang menaiki sebuah kereta di Jalan Mokhtar, Kapar di sini, semalam.

Kejadian kira-kira pukul 7 petang itu berlaku ketika wanita berusia 50-an berkenaan sedang menuju ke keretanya di parkir tepi jalan tersebut.

Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintendan Mohd. Khairi Shafie berkata, pihaknya menerima aduan mengenai kes yang tular dalam media sosial itu pukul 9.23 malam tadi.

Katanya, siasatan awal mendapati suspek menaiki kereta Honda City berwarna perak.

“Ketika kejadian, lelaki berpakaian gelap berkenaan memakai pelitup muka dan bertopi.

“Suspek kemudian bertindak menarik beg tangan mangsa lalu melarikan diri dengan kereta dinaikinya,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Tambah Mohd. Khairi, kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. 

“Polis sedang menjalankan siasatan termasuk mempergiatkan usaha mengesan suspek.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat  Inspektor Mohd. Khairolazuan Mohd. Supian di talian 0111-6937331 atau balai polis berdekatan,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya