Beri peluang kepada Ahmad Zahid - PM

Beri peluang Ahmad Zahid bela diri- Anwar

ANWAR IBRAHIM (kiri) dan AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi perlu diberi peluang untuk membela diri atas 47 pertuduhan rasuah dihadapinya ketika ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Ahmad Zahid telah disiasat dan didakwa serta kini sedang menjalani perbicaraan namun menganggap mahkamah harus membuat keputusan secara bebas.

“Saya menyatakan dengan sangat jelas bahawa mahkamah adalah bebas dan saya tidak fikir saya harus menghakimi kes itu.

“Proses mahkamah mestilah bebas dan beliau mesti diberi peluang, keadilan untuk diadili oleh mahkamah yang bebas dan tidak berat sebelah,” katanya dalam wawancara bersama Bloomberg.

Transkrip dalam wawancara Bloomberg bersama Anwar di Singapura pada Isnin lalu dikeluarkan hari ini.

Namun, Anwar menyifatkan, tidak wajar untuk mana-mana pihak mempolitikkan isu tersebut seolah-olah mahu menyalahkan Ahmad Zahid semata-mata dalam soal korupsi.

“Kenapa perlu merujuk kepadanya secara peribadi sedangkan saya telah mengatakan bahawa sistem itu korup. Terdapat begitu ramai pemimpin politik lain yang telah menyalahgunakan kedudukan mereka. Bekas perdana menteri, bekas menteri kewangan, sebanyak ratusan dan berjuta-juta dolar.

“Dari hari pertama saya memberikan mesej yang jelas. Tiada lagi rasuah, tiada lagi rundingan terus, tiada lagi penyalahgunaan dan saya perlu kekal konsisten selama beberapa hari, minggu, bulan dan tahun. Saya pasti rakyat akan memutuskan bukan sahaja memihak kepada kita, tetapi memihak kepada naratif baharu, dasar baharu..

“Biar kita move on. Kita perlu bekerja dari hari pertama untuk memastikan sistem yang kita ada mempunyai tadbir urus yang baik dan sistem itu bebas daripada pemimpin yang korup. Saya fikir untuk bersikap adil, mereka telah mematuhi peraturan ini sekarang.

“Tiada satu pun jejak yang saya temui daripada mana-mana pasukan saya yang cuba membazir wang kontrak atau projek dan saya tidak mengapa dengan itu. Orang harus menilai saya dari dua bulan yang lalu,” katanya.

Malah, beliau percaya kerajaannya tetap mempunyai majoriti walaupun berisiko kehilangan Ahmad Zahid.

“Apa yang penting ialah ia telah diuji di Parlimen dan kami memperoleh majoriti dua pertiga yang lebih kuat. Saya tidak perlukan majoriti dua pertiga.

“Saya perlukan majoriti yang selesa atau kuat. Tidak ada tanda-tanda bahawa terdapat pergeseran dalam gabungan ini. Buat masa ini kerajaan stabil. Ia tidak stabil selama 10 hingga 15 tahun yang lalu. Itu sudah cukup bagus untuk Malaysia,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.