Belanjawan 2023: Pemberian TAHAP dipertingkatkan ke RM400 juta - Utusan Malaysia

Belanjawan 2023: Pemberian TAHAP dipertingkatkan ke RM400 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan akan menaikan Tahap Pembangunan Ekonomi, Infrastruktur dan Kesejahteraan Hidup (TAHAP) ke RM400 juta berbanding tahun lalu iaitu RM300 juta.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, melalui pemberian tersebut ia akan dapat membantu setiap negeri terutamanya negeri yang kurang membangun termasuk Kedah dan Perlis.

“Yang mahu ditingkatkan bila mana bicara tentang kesejahteraan hidup rakyat ialah usaha menambah baik kemudahan mustahak seperti pengangkutan awam, pendidikan, kesihatan dan perumahan,” katanya.

Pada masa sama, Anwar yang juga Menteri Kewangan menegaskan bahawa keputusan kerajaan mengurangkan peruntukan Ahli Parlimen tidak akan menjejaskan rakyat dan pihak Persekutuan kekal memastikan hak kebajikan rakyat.

“Saya tegaskan di sini bahawa tanggapan itu tidak benar dan meleset sama sekali. Ini kerana kaedah penyaluran itu tidak penting sama ada kepada kerajaan negeri mahupun Ahli Parlimen kerana jumlahnya tidak berkurang. Yang penting ia masih sampai kepada rakyat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya