Belanjawan 2023: Jumlah bantuan dijangka kekal, struktur lebih baik - Utusan Malaysia

Belanjawan 2023: Jumlah bantuan dijangka kekal, struktur lebih baik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Rakyat terutamanya golongan B40 dijangka bakal melihat struktur baharu pemberian bantuan yang lebih baik dan stabil dalam pembentangan Belanjawan 2023, Jumaat ini.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Felo Institut Dasar Ekonomi dan Kewangan Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya Dr. Shazida Jan Mohd. Khan berkata, bagaimanapun jumlah pemberian bantuan dan subsidi mungkin akan kekal sama.

Menurutnya, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Rafizi Ramli sebelum ini telah memberi bayangan bahawa kerajaan akan menyediakan struktur pemberian bantuan tunai yang lebih baik berbanding Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).

“Sebelum ini pemberian bantuan tunai dibuat secara one off dan dipecah mengikut beberapa bulan, jika ia distruktur semula kemungkinan kita akan lihat pemberian pendapatan yang lebih baik kepada rakyat.

“Jadi mungkin kita akan lihat satu struktur bantuan yang lebih stabil berbanding sekarang akan diumumkan Jumaat ini,” katanya.

Menurut beliau, kerajaan tidak boleh menghentikan atau mengurangkan pemberian bantuan tunai dan subsidi kepada rakyat buat masa ini memandangkan ia merupakan sesuatu yang amat diperlukan oleh mereka.

“Dari segi pemberian subsidi dan bantuan kewangan mungkin akan sama tetapi dari segi perubahan struktur pemberian itu akan berubah, kerajaan dijangka akan melakukan penstrukturan semula.

“Ini kerana dari segi pemberian bantuan kerajaan tidak oleh buang atau keluarkan yang sedia ada kerana rakyat memerlukan dan hanya cara pemberian sahaja memerlukan pembaikan.

“Saya positif mungkin dasar lebih konsisten, penstrukturan yang lebih bagus, lebih berdaya tahan lama bukan untuk tempoh jangka masa pendek akan diumumkan dalam Belanjawan 2023,” katanya.

Anwar sebelum ini dalam laporan media memaklumkan Belanjawan 2023 yang akan dibentang beliau selaku Menteri Kewangan Jumaat ini mengandungi banyak berita baik buat rakyat khususnya.

Ketika ditanya mengenai kemungkinan berita gembira untuk rakyat dalam belanjawan berkenaan beliau menjawab ia termasuk kemungkinan memperkenalkan subsidi bersasar.

Sementara itu, Kementerian Kewangan dalam ciapan di laman Twitter miliknya memaklumkan pelbagai inisiatif dan bantuan bakal dilaksanakan kerajaan menerusi pembentangan Belanjawan 2023 termasuk perlindungan kehidupan dan pemulihan mata pencarian yang menjadi antara fokus utama. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya