Belanjawan 2023: Institusi perkhidmatan awam bakal direformasi - Utusan Malaysia

Belanjawan 2023: Institusi perkhidmatan awam bakal direformasi

haji
GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang dalam perancangan untuk mereformasi institusi perkhidmatan awam yang dilihat mempunyai pertindihan kuasa dan fungsi yang hampir sama.

Kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ini juga termasuk kemungkinan membebaskan sepenuhnya dan mengasingkan saraan bagi badan-badan berkanun Persekutuan yang mandiri.

“Langkah ini dilihat penting bagi mengurangkan kebergantungan kepada kerajaan,” katanya.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, pemusatan badan-badan kerajaan dengan fungsi yang hampir sama dilihat lebih efektif dalam menunaikan mandatnya.

“Sebagai contoh, Kerajaan mencadangkan penstrukturan semula institusi yang memperkasa pegangan pelaburan bumiputera dengan menggabungkan Yayasan Pelaburan Bumiputra, Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera serta Yayasan Ekuiti Nasional dalam tempoh terdekat.

“Kerajaan juga meneliti keperluan menstruktur semula semua agensi yang mengawal selia dan menyelaras ekosistem syarikat pemula dan inovasi. Ini penting supaya dapat diselaraskan dengan lebih efektif usaha membangunkan syarikat pemula tempatan dari peringkat permulaan hinggalah berjaya disenarai di Bursa Malaysia,” katanya.

Anwar menarik perhatian bahawa, agensi kerajaan seperti Tabung Haji, FELDA dan FELCRA hendaklah kembali mengutamakan fungsi asal penubuhan mereka.

“Pengarahan baharu lebih tuntas perlu bagi meneliti kemungkinan menutup mana-mana syarikat subsidiari yang merugikan dan tidak selari dengan fungsi penubuhan seperti penubuhan syarikat ejen pelancongan, pengawal keselamatan dan teknologi maklumat.

“Kerajaan meneliti kemungkinan untuk melarang syarikat dan badan berkanun persekutuan untuk meneruskan amalan ini.

“Semakan semula juga perlu dilaksanakan ke atas pakej saraan ketua eksekutif dan pengurusan tertinggi syarikat dan badan berkanun pada kadar yang lebih munasabah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya