Belanjawan 2023: Enam projek tebatan banjir ditender semula - Utusan Malaysia

Belanjawan 2023: Enam projek tebatan banjir ditender semula

KEPENTINGAN tebatan banjir perlu diuar-uarkan dalam media massa sebagai panduan orang ramai.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Enam projek tebatan banjir akan ditender semula dengan segera selewat-lewatnya Jun tahun ini bagi menjamin nilai faedah terbaik dan memberi penjimatan kepada kerajaan.

Dalam pembentangan Belanjawan 2023, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan komitmen memastikan projek tebatan banjir benar-benar mencapai matlamat.

Antara projek yang terlibat adalah rancangan Tebatan Banjir di Sungai Johor, Kota Tinggi, Johor; pembinaan kolam takungan dwifungsi bagi tebatan banjir dan sumber bekalan air mentah di Sungai Rasau dan Sungai Klang, Selangor serta pembangunan lembangan Sungai Bersepadu Sungai Golok Fasa 3, Kelantan.

Anwar juga menegaskan perolehan rundingan terus yang dibuat dengan tergesa-gesa tanpa penelitian hanya membazirkan wang rakyat dan menguntungkan beberapa kerat berkait soal tebatan banjir.

“Projek ini mustahak dan menelan belanja yang besar. Ketelanjuran lalu yang secara gopoh meluluskan projek tebatan banjir telah dibatalkan dan kini sedang dalam siasatan dan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta Jabatan Peguam Negara.

“Sebagai contoh, negara dijangka mampu jimat RM2 bilion ringgit daripada jumlah RM15 bilion peruntukan tebatan banjir yang disediakan sebelum ini. Lantaran dari itu, pelaksanaan perolehan mesti dibuat secara tender,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN