Bekas pimpinan Bersatu Sabah terajui Gagasan Rakyat - Utusan Malaysia

Bekas pimpinan Bersatu Sabah terajui Gagasan Rakyat

HAJIJI Noor bersama barisan Ahli Majlis Tertinggi Gagasan Rakyat yang baharu dilantik selepas EGM Gagasan Rakyat di Kota Kinabalu hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Selepas mengumumkan keluar daripada Parti Pribumi Beratu Malaysia (Bersatu) pada 10 Disember tahun lalu, bekas pimpinan Bersatu Sabah kini mengorak langkah menerajui Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat).

Parti yang dahulunya diketuai oleh Stephen Jimbangan itu kini diambil alih oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Majlis pelancaran parti dan hala tuju yan baharu akan diadakan pada 2 Mac ini.

Mesyuarat Agung Khas (EGM) Gagasan Rakyat hari ini sebulat suara memutuskan untuk melantik Hajiji sebagai Presiden baharu parti berkenaan.

Barisan Ahli Majlis Tertinggi Gagasan Rakyat juga telah diputuskan iaitu Timbalan Presiden, Datuk Seri Masidi Manjun serta tiga Naib Presiden iaitu Datuk Mohd. Arifin Mohd. Arif, Datuk Rubin Balang dan Datuk Masiung Banah.

Setiausaha Agung pula ialah Datuk Mohd. Razali Razi; Timbalan Setiausaha, Stephen Jacob Jimbangan; Bendahari Agung, Datuk Ghulam Haidar Khan; Timbalan Bendahari, Datuk Tahir Picho dan Ketua Penerangan, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.

Sementara itu Ketua Pergerakan Wanita, Datuk Redonah Bahanda; Ketua Pergerakan Pemuda, Datuk Fairuz Renddan dan Ketua Pergerakan Beliawanis, Emmie M. Idang.

Ahli Majlis Tertinggi pula terdiri daripada Datuk Isnin Aliasnih, Datuk Abdul Ghani Mohd. Yassin, Samad Jambri @Jamri, Datuk Seri Ruddy Awah, Datuk Hassan A. Gani Pg. Amir, Datuk Limus Jury, Datuk Jaffari Waliam, Senator Datuk John Ambrose, Senator Datuk Bobbey Suan, Datuk Mohd. Basri Abd Gafar, Sotijin Juhui, Maksit Saidi, Datuk Japlin Akim, Datuk Abdul Hakim Gulam Hassan, Datuk Faisyal Yusof Hamdan Deigo, Datuk Seri Arsit Sedi@Sidi, Datuk Abdul Karim Abdul Wahid, Datuk Azman Ruslan, Datuk Awang Kadin Tang dan Datuk Maijol Mahap.

Barisan awal Majlis Tertinggi Gagasan Rakyat itu diumumkan oleh Hajiji dan lantikan selebihnya akan dilakukan dalam masa terdekat.

Hajiji berkata, Gagasan Rakyat akan menubuhkan struktur organisasi parti di semua 73 Dewan Undangan Negeri (DUN) termasuk pembentukan sayap Wanita, Pemuda dan Beliawanis.

Mesyuarat agung tahunan cawangan dan bahagian masing-masing dijadualkan pada Julai dan September manakala Kongres Tahunan pula pada November.

Hajiji mengucapkan terima kasih kepada bekas Presiden parti, Stephen dan kepimpinan parti itu atas kepercayaan dan keyakinan mereka terhadapnya serta atas kesediaannya berkorban demi kebaikan Sabah dan rakyatnya.

Pada 10 Disember 2022, Hajiji mengetuai semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bersatu keluar daripada parti bagi menjadi ahli langsung kepada GRS sehingga peralihan kepimpinan Gagasan Rakyat diumumkan hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya