Bekalan air semakin pulih 93 peratus - Utusan Malaysia

Bekalan air semakin pulih 93 peratus

Gangguan bekalan air
Gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Sehingga pukul 9 pagi tadi, lebih 90 peratus kawasan yang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual pulih dan tiga wilayah seperti Gombak, Hulu Selangor dan Petaling pulih sepenuhnya.

Bagaimanapun, wilayah seperti Kuala Selangor, Klang, Shah Alam dan Kuala Langat masing-masing mencatatkan pemulihan bekalan pada kadar 99, 83 dan 67 peratus apabila masih terdapat penempatan yang belum mendapat bekalan air.

Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) memaklumkan, lebih 80 peratus pemulihan mula dicatatkan sejak pukul 9 malam tadi dan proses tersebut berlaku secara berperingkat bergantung kepada kawasan seperti lokasi dan jarak premis pengguna.

“Sebanyak 35 kawasan di Shah Alam 35 masih belum pulih daripada gangguan bekalan air, Klang (37) satu kawasan di Kuala Langat dan Kuala Selangor.

“Kami berharap pengguna yang sudah mendapat bekalan air menggunakan air secara berhemah supaya proses pemulihan dapat berjalan lancar seperti yang dijadualkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan pencemaran bau seakan diesel yang mengakibatkan henti tugas empat Loji Rawatan Air (LRA) semalam dikenalpasti berpunca tumpahan minyak diesel daripada aktiviti jentera berat.

Penemuan itu hasil semakan awal di keseluruhan lembangan Sungai Selangor selepas pencemaran bau dikesan di muka sauk LRA Rantau Panjang, malam Sabtu lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya