Bekalan air pulih lebih 50 peratus - Utusan Malaysia

Bekalan air pulih lebih 50 peratus

Gangguan bekalan air
SETIAP seorang penduduk Lembah Klang dilaporkan membazir 57 liter air setiap hari. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Lebih 50 peratus gangguan bekalan air tidak berjadual yang berlaku di tujuh wilayah di Selangor mulai pulih dengan peratusan pemulihan itu direkodkan sejak pukul 10 pagi tadi.

Bagaimanapun, bekalan air di Gombak dan Hulu Selangor hampir pulih sepenuhnya apabila 99 dan 100 peratus penduduk kawasan berkenaan mulai mendapat bekalan.

Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) memaklumkan, sehingga pukul 12 tengah harin tadi, pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan terjejas mencapai 52 peratus.

“Senarai kawasan yang belum pulih adalah seperti di Kuala Selangor, Klang, Shah Alam, Petaling dan Kuala Langat masing-masing berada pada tahap 36, 22, 41 dan sifar peratus.

“Sehingga pukul 2 petang tadi, bekalan air sebanyak 108 kawasan di Kuala Selangor masih belum pulih, Klang (108), Shah Alam (62), Petaling (225), Gombak (dua)dan  Kuala Langat (tiga),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, jelasnya tempoh masa pemulihan bekalan air adalah berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna.

Justeru, Air Selangor meminta pengguna menggunakan air secara berhemah bagi memastikan proses pemulihan di kawasan masih terjejas berjalan lancar seperti yang dijadualkan.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan pencemaran bau seakan diesel yang mengakibatkan henti tugas empat Loji Rawatan Air (LRA) semalam dikenalpasti berpunca tumpahan minyak diesel daripada aktiviti jentera berat.

Henti tugas sementara itu melibatkan LRA Rantau Panjang dan tiga LRA Sungai Selangor bagi Fasa 1,2 dan 3 (LRA SSP1, SSP2 serta SSP3).

Penemuan itu hasil semakan awal di keseluruhan lembangan Sungai Selangor selepas pencemaran bau dikesan di muka sauk LRA Rantau Panjang, kira-kira pukul 9.45 malam tadi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya