Bajet 2023: Beri tumpuan tingkat sumber penjagaan kesihatan

Bajet 2023: Beri tumpuan tingkat sumber penjagaan kesihatan

KERATAN laporan Utusan Malaysia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) berharap kerajaan menyediakan peruntukan yang memberi penekanan kepada peningkatan dan meningkatkan sumber penjagaan kesihatan melalui pembentangan semula Bajet 2023 pada 24 Februari ini.

Presidennya, Dr Muruga Raj Rajathurai berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) perlu memandang serius hasil penemuan yang diterbitkan laman web berita kesihatan, CodeBlue baru-baru ini.

Menurut beliau, hasil penemuan tersebut juga menunjukkan apa yang MMA kerap bangkitkan kebelakangan ini iaitu kebanyakan pekerja dalam bidang perubatan kini kecewa dengan sistem kesihatan negara.

“Apa yang membimbangkan adalah bukan sekadar doktor baharu rasa tidak gembira menjalankan tugas mereka tetapi doktor berpengalaman dan petugas perubatan lain turut merasakan perkara sama.

“Saya percaya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga merupakan seorang refomis faham akan kepentingan dalam memastikan sistem kesihatan sentiasa berdaya saing. Jadi saya berharap Bajet 2023 akan menggambarkan komitmen kerajaan untuk mengubah sistem tersebut,” katanya di dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, tujuh daripada sepuluh kakitangan perubatan KKM mahu berhenti kerja dengan 95 peratus daripada keseluruhan 1,652 responden dalam tinjauan laman berita tersebut, ia percaya bahawa sistem penjagaan kesihatan awam Malaysia kini berada dalam ‘krisis’.

Dalam tinjauan tersebut juga menunjukkan kumpulan profesional dalam sektor kesihatan kerajaan di seluruh negara berada dalam tahap kemarahan dan ketidakpuasan hati yang tinggi terhadap sistem penjagaan kesihatan awam.

Muruga Raj berkata, pihaknya faham untuk mengubah sesebuah sistem itu ia menelan jangka masa dan penambahan peruntukan namun masalah di peringkat akar harus diselesaikan terlebih dahulu kerana tidak melibatkan proses yang terlalu merumitkan.

“Kita sepatutnya mencari dan menyelesaikan masalah di bawah terlebih dahulu yang tidak memerlukan proses pentadbiran yang panjang dan dana tambahan, seperti meningkatkan taraf persekitaran tempat kerja dan mewujudkan kesimbangan antara kehidupan dan pekerjaan demi pekerja kesihatan.

“Sumber manusia adalah merupakan aset yang amat penting dalam mana-mana organisasi, sehubungan itu MMA menyeru KKM untuk memberi keutamaan kepada kesejahteraan kakitangan perubatan seperti mana usah yang giat dijalankan untuk menambahbaik sistem kesihatan negara,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya