Azmin bakal MB Selangor? - Utusan Malaysia

Azmin bakal MB Selangor?

PRN
MOHAMED AZMIN ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Perikatan Nasional (PN) tidak menolak kemungkinan mencalonkan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor jika berjaya memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

Timbalan Pengarah Jentera Pilihan Raya  PN Selangor, Datuk Dr. Zulkafperi Hanapi berkata, peluang sentiasa terbuka kepada bekas Menteri Besar itu untuk kembali menerajui pentadbiran negeri ini.

Namun, kata beliau, keputusan itu terserah kepada kebijaksanaan kepimpinan PN dalam menentukan calon terbaik menjawat jawatan penting tersebut.

“Peluang sentiasa terbuka kepada beliau Azmin) sekiranya berjaya menang di peringkat DUN (Dewan Undangan Negeri).

“Insya Allah, pengalaman beliau mampu ke arah itu dan membantu kemenangan kita di Selangor nanti,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jelas Zulkafperi, Mohamed Azmin yang juga Ketua Penerangan PN bagaimanapun berdepan tugas berat mempertahankan kerusi DUN Bukit Antarabangsa yang dimenangani pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Kerusi DUN itu dijangka sengit kerana pengundi Melayu tidak sampai 50 peratus dan ia semestinya sukar. Kita tidak menolak kemungkinan sama ada  beliau kekal di kerusi Bukit Antarabangsa atau memilih DUN lain yang mungkin berpihak kepada PN,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, kesiapsiagaan jentera PN ketika ini pada tahap terbaik dan yakin mampu memenangi sebanyak 33 kerusi DUN Selangor nanti.

“Saya yakin mampu menawan negeri ini menerusi  penyatuan ummah antara Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) dan Pas. Kita mahu gelombang orang Melayu  diteruskan dan memberi sokongan PN dan menolak PH (Pakatan Harapan) dan BN (Barisan Nasional),” jelasnya.

Tambah Zulkafperi, pemerhatian mendapati ramai anak muda semakin kuat menyokong PN terutama menerusi platform media sosial. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya