Azhari akan pertahan jawatan Ketua UMNO Bahagian Shah Alam

Azhari pertahan jawatan Ketua UMNO Bahagian Shah Alam

AZHARI SHAARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Penyandang jawatan Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari menegaskan beliau akan mempertahankan jawatan tersebut pada pemilihan parti tidak lama lagi.

Menurutnya, walaupun terpalit dengan pendakwaan mahkamah ia langsung tidak melunturkan semangat beliau untuk berjuang dalam parti UMNO yang telah dianggotainya hampir tiga dekad.

“Kes tersebut hadir di saat pemilihan parti baharu hendak bermula dan saya tidak mahu mengulas tentangnya kerana ia sudah menjadi urusan perundangan.

“Persepsi yang mengatakan saya menjadi lemah akibat kes itu adalah salah sama sekali. Saya akan berjuang habis-habisan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu 14 Februari lalu, Utusan Malaysia melaporkan Ketua UMNO Bahagian Shah Alam berdepan hukuman penjara lima tahun apabila dituduh atas enam pertuduhan melakukan penyelewengan dana program ibadah korban bernilai RM440,000 dan penggunaan dokumen palsu di Mahkamah Sesyen.

Bagaimanapun, Azhari mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan ke atasnya di hadapan Hakim Rozilah Saleh.

Azhari berkata, walaupun menghadapi saingan banyak penjuru beliau tetap tidak akan berundur daripada perjuangan, setelah dua penggal menjadi Ketua UMNO Bahagian Shah Alam.

“Kes yang saya hadapi menyebabkan ahli-ahli UMNO di Shah Alam lebih bersimpati dan memberi sokongan moral kepada saya. Itu hikmah di sebalik kes tersebut.

“Untuk dua penggal saya telah berkhidmat tanpa isu besar di Shah Alam. Semua pihak boleh menilai sumbangan saya, saya berkhidmat dengan parti sepenuh jiwa raga, berundur dan berdiam diri bukan cara saya,” ujarnya.

Tambahnya lagi, beliau tidak akan menyentuh mana-mana calon ketua UMNO bahagian dalam kempennya, cuma beliau berharap ahli-ahli akan menilai kesetiaannya kepada perjuangan parti di saat parti susah atau senang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya