Apa Melayu dapat, dipersetujui semua kaum

Apa Melayu dapat, dipersetujui semua kaum

HAK istimewa Melayu dan bumiputera itu adalah harta warisan yang dihalalkan undang-undang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Keistimewaan yang dinikmati oleh masyarakat Melayu seperti pekerjaan di sektor kerajaan, biasiswa pendidikan, lesen perniagaan adalah apa yang dijanjikan mengikut Perlembagaan Negara.

Naib Canselor Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Tan Sri Dr. Nordin Kardi berkata, Perlembagaan Negara sudah pun dipersetujui oleh semua kaum semasa ianya dijadikan undang-undang utama Malaysia.

Oleh kerana itu, menurut beliau, pihak yang mengatakan orang Melayu dapat hanya disebabkan bumiputera tidak perlu terasa terhina, bersalah mahupun rendah diri digelar rasis kerana kesitimewaan itu bukan harta cuti tetapi hak.

“Andaiannya samalah macam anak cucu Ananda Krishnan, anak cucu mendiang Lim Goh Tong dan lain lain yang kaya sangat dan tak pernah pula rasa barsalah atau terasa rasis kerana kekayaan itu. Ia warisan harta dari datuk nenek mereka yang dihalalkan undang undang.

“Hak istimewa Melayu dan bumiputera itu adalah harta warisan yang dihalalkan undang-undang. Diwariskan oleh nenek moyang mereka kepada anak, cucu, cicit hasil daripada jerit, perih dan derita mereka membuka Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.

“Derita mereka bukan calang-calang dan tak ada bandingannya zaman sekarang. Juga derita kaum Cina di lombong dan Tamil di ladang,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Hantaran tersebut dipercayai merujuk kepada kenyataan dikeluarkan oleh Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy sehingga mendatangkan perasaan tidak senang dalam kalangan orang Melayu.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, Ramasamy menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mereformasikan perkhidmatan awam yang didakwa didominasi oleh orang Melayu dan dasar itu dilaksanakan pada era kepemimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Katanya, hujah lama yang memihak kepada penguasaan Melayu dalam perkhidmatan awam untuk mengimbangi penguasaan ekonomi Cina tidak lagi terpakai.

Malah, beliau turut mendakwa terdapat juga diskriminasi kaum secara rahsia apabila ia berkaitan dengan prospek kenaikan pangkat untuk bukan Melayu dalam sektor awam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN