Anwar yakin Nurul Izzah tak salah guna kedudukan

Anwar yakin Nurul Izzah tak salah guna kedudukan

NURUL IZZAH ANWAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi keyakinan bahawa anaknya, Nurul Izzah tidak mungkin menyalahgunakan kedudukannya sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan Perdana Menteri.

Selain menegaskan anak sulungnya itu tidak menerima sebarang elaun dan kepakaran dimiliki, Presiden PKR itu berkata, kedudukannya dalam jawatan itu juga perlu untuk mengkritik serta meneruskan agenda tadbir urus yang baik.

“Tidak ada kemungkinan (Nurul Izzah) menggunakan kedudukan itu untuk mengumpul kekayaan dan mempengaruhi keputusan mengenai tender, kontrak atau projek,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR, di Ibu Pejabatnya di sini.

Beliau menyatakan demikian selepas diminta mengulas berhubung kontroversi yang mengaitkan pelantikan Nurul Izzah yang juga bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh dengan amaln nepotisme.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya