Anwar, Abdel Fattah bincang isu keterjaminan makanan dan krisis tenaga

Anwar, Abdel Fattah bincang isu keterjaminan makanan dan krisis tenaga

ANWAR Ibrahim mengadakan mengadakan panggilan video bersama Abdel Fattah Al Sisi dari pejabat Perdana Menteri, Putrajaya. - FB ANWAR IBRAHIM 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Soal keterjaminan makanan dan krisis tenaga adalah isu global yang berkepentingan disentuh dalam perbincangan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Mesir, Abdel Fattah Al Sisi semalam.

Selain kedua-dua isu berkenaan, turut dibincangkan adalah Islamofobia dan perjuangan rakyat Palestin.

Menurut Anwar, beliau dan Abdel Fattah turut membincangkan untuk meneroka potensi perkongsian dalam industri baharu seperti pembuatan pintar dan ekonomi digital.

“Kami menekankan komitmen mengeratkan hubungan dan kerjasama dua hala dalam pelbagai bidang termasuk pendidikan, perdagangan dan pelancongan.

“Kami juga meneroka potensi perkongsian dalam industri baru seperti pembuatan pintar dan ekonomi digital, serta membincangkan isu global yang berkepentingan termasuk keterjaminan makanan, krisis tenaga, Islamofobia dan perjuangan rakyat Palestin,” kata Anwar menerusi satu hantaran Facebook beliau.

Terdahulu, Anwar memaklumkan beliau mengadakan panggilan video dengan Presiden Mesir itu semalam.

Beliau kemudian memberitahu, perbincangan tersebut menggambarkan hubungan ekonomi yang kukuh antara Mesir dan Malaysia.

Katanya, Mesir adalah salah satu rakan dagangan terbesar Malaysia dan antar pengimport terbesar minyak sawit Malaysia di rantau Afrika. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya