Anakanda kedua Raja Muda Perlis terima ijazah RMIT

Anakanda kedua Raja Muda Perlis terima ijazah RMIT

Sharifah Farah Adriana Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menerima ijazah daripada Prof. Alison Parkes sambil disaksikan Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Anakanda kedua Raja Muda Perlis, Sharifah Farah Adriana Binti Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menerima ijazah Sarjana Muda dari Royal Melbourne Institute Of Technology (RMIT) University di Melbourne, Australia hari ini.

Menurut kenyataan Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis, Sharifah Farah Adriana menerima ijazah Bachelor of Business (Management) pada majlis ‘Testamur Presentation’ khas yang diadakan di RMIT dan disampaikan oleh Dekan Sekolah Pengurusan universiti terkenal itu yang mempunyai 93,000 orang pelajar, Prof. Alison Parkes.

Turut berangkat bersama  Raja Muda Perlis ke majlis berkenaan ialah Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, anakanda puteri sulung Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail dan anakanda putera bongsu Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

Menyambut keberangkatan tiba baginda berdua ialah Timbalan Naib Canselor (Pendidikan) merangkap Timbalan Presiden universiti, Prof. Sherman Young; Pengarah Strategik Dan Impak Bagi Asia, Layton Pike; dan Pendaftar Akademik, Connie Merlino.

Konsul Jeneral Malaysia di Melbourne, Marzita Marzuki dan Konsul Muda Mohd Adham Yahaya turut sama hadir mengiringi baginda sekeluarga.

Sharifah Farah Adriana telah melanjutkan pelajaran dalam bidang ‘Bachelor of Business (Management)’ di RMIT University Kampus Melbourne pada tahun 2018 sehingga menamatkan pelajaran pada 13 Julai 2021 namun ditangguh acara graduasi atas sebab kekangan wabak pandemik Covid-19.

Pada usia 21 tahun, puteri yang dilahirkan pada 4 Mac 2001 di Hospital Zollikerberg, Zurich, Switzerland ketika ayahandanya masih berkhidmat sebagai Pengurus Kawasan Malaysia Airlines bagi Switzerland, Austria dan Eropah Tengah pada ketika itu juga telah menamatkan pengajiannya di peringkat Sarjana iaitu ‘Master of International Business’ di Monash University Malaysia pada tahun 2021 sehingga penghujung 2022 dan istiadat konvokesyennya akan diadakan di Subang Jaya pada 18 Mac ini.

Sharifah Farah Adriana pernah mendapat pendidikan awal di The International School of Penang (Uplands), Pulau Pinang pada 2008-2011, Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Indera, Kangar, Perlis pada 2011-2013, Sekolah Menengah Kebangsaan Derma, Kangar, Perlis pada 2014-2015, seterusnya di Prince of Wales Island International School (POWISS), Pulau Pinang 2015-2017, sebelum menyambung pengajian di peringkat Asasi Perniagaan di RMIT University Melbourne pada 2017-2018 sebelum memasuki RMIT di Melbourne pada 2018-2021.

Sharifah Farah Adriana berminat dalam sukan dan mewakili sekolah dalam bolajaring, olah raga, bola keranjang serta bolasepak merupakan penyokong tegar Manchester United dan ketika menuntut di Australia telah mewakili kelab bola sepak Albert Park Women’s Soccer Club dalam liga setempat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya