Anak Najib bertanding Ketua UMNO Bahagian Langkawi - Utusan Malaysia

Anak Najib bertanding Ketua UMNO Bahagian Langkawi

MOHD. NAZIFUDDIN NAJIB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Datuk Mohd. Nazifuddin Najib, anak bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak bakal bertanding sebagai Ketua UMNO Bahagian Langkawi dalam pemilihan parti berkenaan kali ini.

Pada masa sama, beliau akan turut kekal bertanding sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO seperti diumumkan sebelum ini.

Sumber memaklumkan, Nazifuddin yang lebih mesra dipanggil Nazif sudah menghantar borang pencalonan untuk jawatan ketua bahagian itu.

“Kehadiran Nazif yang baru berusia 40 tahun dilihat mampu memberi sinar baharu kepada UMNO Bahagian itu bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi. Beliau dilihat anak muda yang mewarisi kebijaksanaan dan ketenangan dimiliki bapanya.

“Itu satu faktor yang kuat untuk membolehkannya memimpin UMNO Langkawi. Maklum balas diterima juga positif setakat ini,” kata sumber tersebut yang rapat dengan Nazif.

Kerusi Ketua UMNO Bahagian Langkawi sebelum ini kosong setelah penyandangnya, Datuk Nawawi Ahmad meninggal dunia di Jerman, November lalu.

Jawatan tersebut kemudiannya dipangku timbalannya, Nor Saidi Nanyan hingga kini.

Sumber itu menambah, setakat ini belum dapat dipastikan sama ada Nor Saidi akan kekal bertanding untuk jawatan Timbalan Ketua Bahagian atau mencabar Nazif bagi kedudukan Ketua Bahagian.

“Setakat ini saya dimaklumkan Nor Saidi masih belum menghantar borang pencalonan dan kita tunggulah hingga tarikh tutup pada 26 September nanti,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya