Amaran hujan berterusan di empat negeri

Amaran hujan berterusan di empat negeri

hujan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Empat negeri dijangka dilanda hujan berterusan melibatkan Pahang, Terengganu, Negeri Sembilan dan Johor.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Muhammad Helmi Abdullah berkata, amaran telah dikeluarkan kepada penduduk di negeri-negeri tersebut.

“Amaran hujan berterusan (bahaya) berkuat kuasa hingga 7 Februari 2023 melibatkan kawasan-kawasan di Kuantan manakala amaran hujan berterusan (buruk) berkuat kuasa sehingga 7 Februari 2023 melibatkan kawasan-kawasan seperti Temerloh, Maran, Bera, Pekan dan Rompin,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, amaran hujan berterusan (waspada) berkuat kuasa sehingga 7 Februari 2023 melibatkan empat negeri lain.

“Terengganu (Kemaman), Pahang (Lipis, Raub, Jerantut dan Bentong), Negeri Sembilan (Jempol), Johor (Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi),” katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi Met Malaysia, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi Jabatan dan talian hotline Met Malaysia 1-300-22-1638.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya