Amalan jual-beli wakil rakyat masih berlaku-Warisan

Amalan jual-beli wakil rakyat masih berlaku-Warisan

BEN CHONG . NORAZLINAH ARIF dan MOHAMAD MOHAMMARIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Warisan (Warisan) yang mengumumkan keluar dari parti semalam akan berhadapan tindakan undang-undang, sama seperti mereka yang keluar lebih awal.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Naib Presiden Warisan, Datuk Jaujan Sambakong berkata, kepimpinan parti akan mengambil tindakan yang sama terhadap tiga ADUN yang keluar parti semalam.

Semalam menerusi satu rakaman video, Norazlinah Arif (Kunak), Mohammad Mohamarin (Banggi) dan Ben Chong Chen Bin (Tanjong Kapor) membuat kenyataan bersama mengumumkan keluar dari Warisan dan meletak semua jawatan di dalam parti berkuatkuasa serta-merta.

JAUJAN SAMBAKONG

Jaujan berkata, semua ADUN telah menandatangani surat taat setia dan akuan bersumpah untuk mengosongkan kerusi sekiranya keluar parti semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) 2020.

“Justeru, kita akan mengambil tindakan undang-undang dan bawa isu ini ke mahkamah dan terserah kepada mahkamah untuk memutuskan. Tindakan sebegini telah diambil semasa ADUN Warisan keluar parti sebelum ini seperti Datuk Hassan A. Gani Pg Amir (Sebatik), Datuk Dr. Yusof Yacob (Sindumin) mahupun semasa Rinak Jainal (Kukusan).

“Ini adalah peraturan yang telah ditetapkan oleh parti dan ia harus dipatuhi dan dihormati,” katanya.

ADUN Sulabayan itu juga tidak menolak kemungkinan masih berlaku amalan beli-membeli wakil rakyat di Sabah.

“Takkan orang ke sana kalau tiada tawaran, bukan sahaja wang ringgit tapi, juga jawatan. Takkan orang lompat kalau tiada jual-beli, mereka sanggup hilang prinsip.

“Saya bimbang jika keadaan sebegini berterusan maka, rosaklah negara ini. Akhirnya Sabah akan hancur jika kerajaan dibentuk melalui amalan membeli wakil rakyat. Apa guna ada pilihan raya jika undang-undang sedia ada tidak dilaksana,” katanya.

Jaujan berkata, beliau tidak melihat keadaan yang berlaku ini berkaitan dengan keperluan menyegerakan undang-undang Anti Lompat Parti.

Katanya, Akta Anti Lompat Parti telah dibahas di Parlimen berminggu-minggu dan telahpun diluluskan tapi, tidak juga berkesan dalam membendung amalan lompat parti.

Sebelum ini, enam ADUN Warisan telah keluar dari parti dan menyertai parti lain termasuk Hassan A.Gani, Dr Yusof, Rina, Datuk Mohamaddin Ketapi (Segama), Datuk Peter Anthony (Melalap) dan Datuk Juil Nuatim (Limbahau).

Susulan tindakan tiga lagi ADUN Warisan keluar parti, kini parti itu hanya tinggal 16 kerusi, berbanding 23 kerusi yang dimenangi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2020 yang lalu.-utusan

Ends.

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.