Akta GEG dijangka berkuat kuasa tahun hadapan  - Utusan Malaysia

Akta GEG dijangka berkuat kuasa tahun hadapan 

RUU GEG mempunyai niat murni. Ia bertujuan melindungi generasi muda daripada terjebak dengan tabiat merokok dan gejala-gejala berkaitan dengannya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 disasarkan dibentang semula dalam masa terdekat bagi membolehkan penguatkuasaannya dimulakan tahun depan.

RUU berkenaan bertujuan mewujudkan Generasi Penamat (GEG) hanya akan membabitkan golongan individu lahir selepas 1 Januari 2007.

Ia antara lain melarang penjualan serta penggunaan sebarang bentuk bahan merokok termasuk rokok elektronik atau vape kepada individu yang dilahirkan pada tahun selepas 2007.

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, kerajaan membuat penelitian semula dan akan meneruskan pembentangannya dengan pindaan yang dipersetujui Jawatankuasa Pilihan Khas (JPK) melalui Penyata yang disiarkan pada 5 Oktober tahun lalu.

“Pembentangan RUU ini tertangguh akibat pembubaran Parlimen pada 10 Oktober lalu. Ia digubal dan dibuat bacaan pertama dan bacaan kedua pada Sidang Dewan Rakyat Keempat Belas, Penggal Kelima, Mesyuarat Ketiga pada Ogos 2022.

“RUU itu dirujuk ke Jawatankuasa Pilihan Khas Bagi Menimbang RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 untuk penelitian lanjut,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat semalam.

Dalam kenyataan itu, Wong Chen (PH-Subang) meminta Menteri Kesihatan menyatakan garis masa kementerian untuk menggubal RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022.

Pada 27 Julai tahun lalu, Khairy Jamaluddin yang merupakan Menteri Kesihatan ketika itu membentangkan RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat.

Namun pada 2 Ogos lalu, Dewan Rakyat bersetuju rang undang-undang itu dirujuk ke Jawatankuasa Khas Parlimen untuk diteliti serta membuat syor penambahbaikan ketika usul itu pada peringkat bacaan kedua. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya