AJL37 : Aina Abdul tamatkan kemarau penantian empat tahun

AJL37 : Aina Abdul tamatkan kemarau penantian empat tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Tuah ternyata menyebelahi penyanyi Aina Abdul apabila lagu ciptaannya, Terus Hidup dinobatkan sebagai juara di Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37) sekali gus membawa pulang wang tunai berjumlah RM100,000 serta trofi.

Naib Juara AJL37 pula menjadi milik penyanyi rap terkemuka tanah air, Joe Flizzow dan Sonaone menerusi lagu Satu Malam Di Temasek yang menyaksikan mereka membawa pulang RM50,000 beserta trofi.

Sementara tempat ketiga diraih oleh Alif Satar & The Locos menerusi lagu Anugerah Terindah dan menerima wang tunai berjumlah RM30,000 serta trofi.

Menepati ramalan, Aina Abdul mengenepikan peserta lain dan menbawa pulang anugerah bagi kategori Vokal Terbaik untuk dua tahun berturut-turut.

Sementara itu, meskipun mengakui mengalami masalah kesihatan tekak, Shiha berjaya merangkul kategori Persembahan Terbaik menerusi lagu Irama dan menerima wang tunai berjumlah RM12,000 serta trofi.

Selain itu, Penyanyi Pilihan Alha Alfa pula dimenangi oleh penyanyi Khai Bahar yang membawa pulang wang tunai berjumlah RM12,000 serta trofi.

AJL37 yang bersiaran secara langsung dari Axiata Arena Bukit Jalil menyaksikan gandingan pertama kali pengacara Jihan Muse dan Sherry Al Hadad.

Terdahulu, mengetengahkan tema Dimensi Muzik, tirai pentas berprestij itu telah dibuka menerusi persembahan istimewa daripada Azlan The Typewriter (Lagu Untukmu), De Fam & Wany Hasrita (7 Nasihat – Etnik Kreatif), Kaka Azraff dan Syamel (Nuri – Rock) serta Tuju, Loca, Syamel dan Waris (Mentera Semerah Padi & Mantera Beradu – Etnik Kreatif & Hip Hop).

Pentas AJL 37 turut digegarkan dengan persembahan hebat daripada tiga kumpulan band Malaysia iaitu Exist (Janji Padamu / Langkah Seiringan), Blues Gang (Apo Nak Dikato / Khatulistiwa) dan Kugiran Masdo (Teruna & Dara / Bunga) di samping dendangan muzik di bawah pengarah muzik Datuk Ramli MS.

Turut hadir ke acara adalah Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

Edisi kali ini membariskan juri-juri yang diketuai Datuk Mokhzani, Acis, Altimet, Norynn Aziz, Jari, Ad Samad, Azlan Abu Hasan, Khir Rahman, LY dan Damian.

Buat pertama kali juga, AJL37 memperkenalkan konsep konsert berbayar kepada peminat setia yang hadir memenuhi ruang Axiata Arena.

SENARAI PEMENANG AJL37

Juara: Terus Hidup – Aina Abdul
Naib Juara: Satu Malam Di Temasek – Joe Flizzow ft Sonaone
Tempat Ketiga: Anugerah Terindah – Alif Satar and The Locos

Vokal Terbaik: Aina Abdul – Terus Hidup
Persembahan Terbaik: Irama – Shiha Zikir

Lagu Bertanding:

Anugerah Terindah (Alif Satar & The Locos)
Debu (Dayang Nurfaizah & Amir Masdi)
Korban (Ernie Zakri)
Bahagiakan Dia (Shila Amzah & Liza Hanim)
Satu Malam Di Temasek (Joe Flizzow & Sonaone)
Kembali Terang (Marsha Milan)
Terus Hidup (Aina Abdul)
Nang (Iman Troye)
Payung Pelangi (Noki & MK)
Sengsara (Khai Bahar)
Irama (Shiha Zikir)
Mainan (Naim Daniel)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya