Agong perkenan Zulkapli dan Johan sebagai KPPA, KSP baharu

Agong perkenan Zulkapli dan Johan sebagai KPPA, KSP baharu

MOHD. Zuki Ali (tengah) bersama Zulkapli Mohamed (kiri) dan Johan Mahmood Merican - FB TAN SRI MOHD. ZUKI ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Dr. Zulkapli Mohamed dilantik sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam baharu manakala Datuk Johan Mahmood @ Johan Mahmood Merican dilantik sebagai Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan berkuat kuasa 27 Februari 2023.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali berkata, pelantikan itu telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Sukacita dimaklumkan bahawa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikan ini. Tahniah dan syabas atas pelantikan ini,” katanya dalam kenyataan.

Dr. Zulkapli, 58, telah berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam selama 31 tahun dengan jawatan pertama yang disandang sebagai Penolong Setiausaha di Bahagian Latihan, Jabatan Perkhidmatan Awam pada 1 Disember 1992.

Beliau mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Datuk Seri Mohd. Shafiq Abdullah yang ditamatkan perkhidmatan pada 12 Disember lalu.

Johan, 50, pula sebelum ini berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan.

Beliau menggantikan Datuk Seri Asri Hamidon yang dilantik pada 2020 sebelum dicutikan pada Disember lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya