Ada peniaga belum sedia tawar hidangan Menu Rahmah

Ada peniaga belum sedia tawar hidangan Menu Rahmah

KENAIKAN harga bahan mentah menjadi alasan bagi sesetengah peniaga belum bersedia menawarkan hidangan seperti yang terdapat di Menu Rahmah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Pengusaha makanan di bandar ini menyambut baik pengenalan program Menu Rahmah oleh kerajaan bagi mengurangkan beban kos sara hidup rakyat.

Begitupun, peniaga makanan yang ditemui berkata, mereka belum bersedia menawarkan hidangan seperti yang terdapat di Menu Rahmah dengan harga serendah RM5 disebabkan kenaikan harga bahan mentah.

Seorang peniaga nasi kandar di sini yang enggan dikenali berkata, agak sukar baginya menjual makanan pada harga seperti Menu Rahmah jika harga barang mentah masih tinggi.

Katanya, namun sebagai menyokong usaha kerajaan itu, harga jualan makanan ditetapkan di restorannya tidak dinaikkan dan masih pada kadar yang tidak membebankan pelanggan.

“Setakat ini tiada rungutan tentang harga makanan di restoran ini walaupun sekarang masyarakat memperkatakan tentang Menu Rahmah, iaitu harga makanan yang rendah.

“Buat masa ini kami tidak dapat untuk melaksanakan program itu kerana kos bahan mentah yang tinggi terutama ayam. Kos bahan mentah adalah satu daripada kos perniagaan yang terpaksa kami tanggung selain kos-kos lain seperti gaji pekerja, kos utiliti dan lain-lain,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Menurutnya, bagi membantu pelanggan, pihaknya mengenakan bayaran yang tidak membebankan.

“Kami belum mampu melaksanakan program Menu Rahmah tetapi disebabkan kos bahan mentah yang tinggi tetapi kami tidak menaikkan harga jualan makanan.

“Biasanya sepinggan nasi dengan ayam RM5, tapi kalau pelanggan minta tambah lauk dan lain-lain hidangan, saya mesti tambah harga tapi bukan harga naik,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya