32,736 calon SPM di Perak, tiga duduki peperiksaan di hospital - Utusan Malaysia

32,736 calon SPM di Perak, tiga duduki peperiksaan di hospital

PARA pelajar memasuki dewan untuk menduduki peperiksaan SPM di SMK Anderson Ipoh hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Tiga calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di negeri ini terpaksa menduduki peperiksaan di hospital akibat masalah kesihatan.

Mereka merupakan antara 32,736 calon SPM di seluruh negeri yang mendaftar untuk menduduki peperiksaan itu mulai hari ini sehingga 15 Mac depan.

Timbalan Pengarah Pendidikan, Sektor Pengurusan dan Perancangan Jabatan Pendidikan negeri, Rahimah Mohamed berkata, dua daripada pelajar itu dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) manakala seorang lagi dirawat di Hospital Gerik.

Katanya, ketiga-tiga pelajar berkenaan menerima rawatan akibat kes denggi, apendiks dan kanser darah.

“Tiada calon yang dikenal pasti sebagai pesakit Covid-19 di Perak setakat ini,” katanya ketika ditemui selepas bertemu calon di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Anderson di sini hari ini.

Menurut beliau, daripada 32,736 calon, seramai 31,080 orang merupakan calon sekolah dan 1,656 lagi calon persendirian.

Katanya, kesemua calon tersebut menduduki peperiksaan berkenaan di 321 pusat peperiksaan di seluruh negeri dengan dikendalikan oleh 2,726 petugas peperiksaan.

“Pada peperiksaan kali ini, seramai 108 lagi pelajar merupakan Calon Berkeperluan Pendidikan Khas (CBPK) membabitkan calon masalah pembelajaran dan kurang upaya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya