3 penuntut IPTS ditahan disyaki edar dadah

Tiga penuntut IPTS ditahan disyaki edar dadah

maut
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Tiga penuntut sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di Bandar Sunway dekat sini ditahan selepas terbabit dalam kegiatan mengedar dadah ganja pada Sabtu lalu.

Penahanan itu dilakukan hasil dua serbuan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya melakukan di asrama milik IPTS terbabit.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, dalam serbuan pertama pada 12.15 tengah malam, dua lelaki ditahan.

Kata beliau, hasil tangkapan itu berjaya menemukan sebekas plastik berisi satu paket plastik lutsinar yang mengandungi ketulan mampat dedaun kering disyaki dadah jenis ganja dengan anggaran berat 34.3 gram

“Susulan itu, serbuan kedua dilakukan pada 12.30 tengah dan menahan seorang lagi lelaki.

“Tangkapan itu berjaya menemukan sebekas plastik berpenutup hijau yang mengandungi tiga ketulan mampat dedaun kering disyaki dadah jenis ganja (anggaran berat 868.7 gram),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kata beliau, ketiga-tiga lelaki berusia 20-an yang ditahan adalah pelajar di institusi pengajian berkenaan.

Wan Azlan berkata, hasil ujian saringan awal air kencing terhadap semua suspek dapati positif dadah jenis THC dan tidak memiliki sebarang rekod lampau.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 39B akta yang sama dan direman bagi membantu siasatan,” jelasnya.

Tambah Wan Azlan, sejak kebelakangan ini terdapat peningkatan dalam tangkapan kes dadah yang membabitkan warga muda terutamanya dalam kalangan pelajar yang menuntut di institut pengajian tinggi.

Justeru itu, beliau berkata, pihak polis menasihatkan ibu bapa supaya memantau aktiviti anak-anak mereka terutamanya selepas waktu pembelajaran supaya golongan ini tidak terjebak dengan aktiviti penyalahgunaan dadah yang boleh merosakkan masa hadapan mereka dan juga merugikan negara.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya