2 tan tepung gandum tanpa permit disita - Utusan Malaysia

2 tan tepung gandum tanpa permit disita

S. JEGAN (kiri) melihat tepung gandum yang dirampas di sebuah premis pengilang roti, di George Town, Pulau Pinang semalam kerana didapati disimpan tanpa permit yang sah yang dalam sidang akhbar di Bukit Mertajam hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

BUKIT MERTAJAM: Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang menyita sebanyak 2,000 kilogram (kg) tepung gandum di sebuah premis pengilang roti, di George Town, dekat sini kerana didapati disimpan tanpa permit yang sah.

Pengarahnya, S Jegan berkata, sepasukan penguat kuasa pejabat KPDN Timur Laut menjalankan pemeriksaan rawak di premis berkenaan kira-kira pukul 11 pagi semalam.

Ujar beliau, hasil pemeriksaan mendapati, sebanyak 700 kg tepung gandum Cap Tank dan 1,300 kg jenama Cap Kuda Merah bernilai RM6,400 disimpan di premis terbabit.

“Premis yang telah beroperasi lebih 20 tahun itu didapati tidak mempunyai permit untuk menyimpan barangan kawalan berjadual.

“Seorang lelaki berusia 70 tahun yang mengaku sebagai pengarah syarikat memberi alasan pihaknya tidak dimaklumkan oleh pemborong untuk mendapatkan sebarang permit penyimpanan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Kompleks Penyimpanan Eksibit KPDN, di sini hari ini.

Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan jika disabitkan kesalahan seseorang itu boleh dikenakan denda tidak lebih RM1 juta atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali manakala denda kepada syarikat perbadanan boleh dikenakan tidak lebih RM2 juta. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya