2 pekerja hiburan antara 7 diberkas baling botol kaca dari balkoni - Utusan Malaysia

2 pekerja hiburan antara 7 diberkas baling botol kaca dari balkoni

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis menahan tujuh individu termasuk dua pekerja pusat hiburan selepas dipercayai terlibat dalam kejadian membaling botol kaca dari balkoni sebuah kondominium ke jalan raya di Jalan Cendana, Kampung Baru dekat sini pada Jumaat lalu.

Penahanan kesemua suspek terdiri daripada lima lelaki dan dua wanita berusia antara 20 hingga 24 tahun.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, mereka diberkas sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu pejabat Polis Daerah Dang Wangi menerusi serbuan berasingan pada semalam dan hari ini.

“Kita turut merampas satu telefon bimbit dan sepasang pakaian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kata beliau, hasil ujian saringan mendapati salah seorang suspek positif dadah jenis ketamin dan disiasat di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Beliau berkata, dua daripada tujuh suspek yang diberkas kini direman tiga hari bagi siasatan lanjut.

“Siasatan berkaitan kesemua tangkapan dijalankan di bawah Seksyen 268 Kanun Keseksaan, Seksyen 336 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955,” jelasnya.

Terdahulu, tular video di media sosial memaparkan tindakan seorang individu bertindak membaling botol dari balkoni sebuah kondominium ke arah jalan raya.

Siasatan awal dijalankan polis mendapati kejadian dipercayai berlaku di sebuah premis kediaman di Jalan Cendana, Kampung Baru. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya