157 mangsa kebakaran rumah panjang

157 mangsa kebakaran rumah panjang

SEBANYAK 16 buah pintu daripada 34 pintu Rumah Panjang Dangat itu hangus terbakar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BINTANGOR: Seramai 157 penduduk terjejas dalam kebakaran membabitkan Rumah Panjang Dangat di Sungai Kawi Bintangor pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Penolong Penguasa Bomba, Nicholas Belulin berkata kebakaran bermula daripada salah satu bilik pintu rumah panjang terbabit sebelum merebak pantas ke bilik yang lain.

“Kejadian berlaku semasa kebanyakan penghuni rumah panjang sedang keluar dari rumah mengakibatkan mereka tidak sempat menyelamatkan harta benda masing-masing dan panggilan telah diterima lebih kurang pada jam 9.30 pagi.

“Seramai sembilan orang dari BBP Bintangor telah hadir di lokasi kejadian dan juga dengan bantuan BBP Sarikei, sebuah jentera dan kekuatan 12 orang,” ujarnya.

Pihaknya juga telah mendapat bantuan daripada  Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Beliau menambah, anggota bomba turut memadam api menerusi bahagian tengah sebelum sempat menyelamatkan 16 buah pintu daripada rumah panjang 34 pintu itu.

Beliau turut mengesahkan, tiada sebarang laporan kecederaan mahu pun kemalangan jiwa dalam kejadian itu kerana kesemua penghuni sempat keluar menyelamatkan diri.

“Keseluruhan penghuni yang terjejas adalah seramai 157 orang penduduk bagi sebuah rumah panjang yang mempunyai 34 pintu tersebut.

“Setakat ini, kita tidak menerima sebarang laporan mengenai kecederaan dan kesemua penghuni adalah selamat,” katanya lagi.

Cuaca panas mengakibatkan api merebak pantas sekali gus menjadikan operasi agak mencabar, dan punca serta jumlah kerugian kini masih dalam siasatan, jelasnya.-utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya