13 PATI Myanmar mahu bekerja di Malaysia ditahan

13 PATI Myanmar mahu bekerja di Malaysia ditahan

PATI warga Myanmar yang ditahan ketika cuba memasuki negara ini di Bukit Kayu Hitam, Kubang Pasu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Cubaan 13 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar membolosi negara ini untuk mencari pekerjaan tidak berjaya apabila mereka ditahan di sempadan Malaysia-Thailand di Bukit Kayu Hitam, Kubang Pasu.

Menurut Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen), pihaknya mengesan dan menahan sekumpulan orang awam di kawasan ladang getah kerana cuba memasuki Malaysia menggunakan laluan yang tidak sah kira-kira pukul 6 pagi, semalam

Kata kenyataan itu, kesemua PATI yang ditahan terdiri daripada sembilan lelaki dan empat wanita yang berumur antara 20 hingga 44 tahun.

“Kesemuanya tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan cuba memasuki Malaysia untuk mencari pekerjaan.

“Turut dirampas adalah 12 unit telefon bimbit, wang dalam mata wang Malaysia, Thailand dan Myanmar, dua pasport serta sembilan kad pengenalan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah kenyataan itu, anggaran nilai keseluruhan rampasan sebanyak RM8,139 dan kesemua PATI terbabit diserahkan kepada Balai Polis Bukit Kayu Hitam untuk tindakan lanjut. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.