12 rumah setinggan musnah dalam kebakaran di Kampung Jawa

12 rumah setinggan musnah dalam kebakaran di Kampung Jawa Tawau

KEBAKARAN rumah di Kampung Jawa, Tawau hari ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAWAU: Sebanyak 12 buah rumah setinggan musnah dalam kejadian kebakaran yang berlaku di Kampung Jawa hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu, tiada sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian kebakaran itu pada pukul 12.38 tengah hari dan sepasukan pegawai dan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 3 kilometer dari balai.

Sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, didapati 12 buah rumah dengan anggaran keluasan satu hektar musnah sepenuhnya dalam kejadian kebakaran tersebut.

“Operasi pemadaman api dilakukan dengan menggunakan dua aliran 500 kaki empat pancutan yang menggunakan sumber air daripada pili bomba berhampiran dan dibantu dengan satu pancutan daripada pasukan Bomba Komuniti Kampung Titingan.

Operasi memadam kebakaran terkawal pada pukul 1.56 petang dan tamat sepenuhnya pada pukul 5.27 petang.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.