10 lori barangan sumbangan rakyat Malaysia untukSyria

10 lori barangan sumbangan rakyat Malaysia untuk mangsa gempa bumi di Syria

Sukarelawan Muslim Care Malaysia mengagihkan barangan sumbangan rakyat Malaysia kepada mangsa gempa bumi di Jindires, Syria.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JINDIRES (Syria): Ratusan penduduk keluar beramai-ramai dan gembira menyambut kedatangan sukarelawan MCM serta konvoi 10 lori terbabit yang turut diiringi anggota keselamatan.

Setiausaha Agung MCM, Ahmad Safuan Ujar yang juga ketua misi berkata Jindires antara kawasan di utara Syria yang teruk terjejas akibat kejadian gempa bumi yang berlaku pada 6 Februari lalu.

syria
Sukarelawan Muslim Care Malaysia yang menyantuni mangsa gempa bumi yang juga pelarian perang di Jindires, Syria.

Menurutnya, lebih 700 orang terbunuh dan tidak kurang 1,000 rumah kediaman di Jindires musnah akibat tragedi itu.

“Sebanyak 400 keluarga menerima sumbangan ini. Mereka adalah mangsa gempa bumi yang kini sudah tiada rumah serta hanya tinggal di dalam khemah,” katanya.

Beliau berkata, barangan yang diagihkan itu termasuk kotak makanan seberat 40 kilogram mengandungi beras, gula, minyak masak, bijirin, makanan dalam tin dan lain-lain, serta selimut dan juga kayu api.

syria
Lori yang membawa barangan sumbangan rakyat Malaysia untuk mangsa gempa bumi di Syria yang dikendalikan oleh Muslim Care Malaysia.

Menurutnya, kumpulan sukarelawan ke Syria itu adalah pasukan kedua daripada MCM selepas pasukan pertama berada di Turkiye dari 9 hingga 14 Februari lalu.

Turut berkolaborasi dengan MCM dalam menjayakan misi bantuan itu ialah Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Yayasan Integrasi Al-Huffaz, Yayasan ASAS (Alumni Sekolah Alam Shah) dan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

syria

Sementara itu, seorang penerima sumbangan Abdul Khalil, 53, mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana tidak pernah melupakan rakyat Syria yang sering dilanda musibah iaitu peperangan dan bencana alam.

“Semoga Allah merahmati anda semua. Terima kasih. Rakyat Malaysia memang baik,” katanya.

Gempa bumi yang berlaku pada 6 Februari lalu setakat ini mencatatkan jumlah kematian mencecah 50,000 orang dengan lebih 43,000 di Turkiye manakala bakinya di Syria.

syria
Sebahagian daripada 10 buah lori yang digunakan oleh Muslim Care Malaysia bagi membawa sumbangan daripada rakyat Malaysia untuk diagihkan kepada mangsa gempa bumi di Syria.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya