Wanita UMNO tuntut janji kuota 30% dalam PRN

Wanita UMNO tuntut janji kuota 30% dalam PRN

NORAINI AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Wanita UMNO menuntut pimpinan tertinggi parti itu merealisasikan janji kuota 30 peratus calon sayap itu pada enam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka berlangsung dalam tempoh terdekat.

Ketua Wanita, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, ini kerana perjuangan kuota peratusan itu bukan satu perkara yang baharu.

Sebaliknya, katanya, ia diperjuangkan sejak pimpinan terdahulu pergerakan terbabit.

“Kita minta wakil Majlis Kerja Tertinggi (yang hadir) perhimpunan Wanita untuk membantu menjadi pendesak kepada pimpinan parti supaya jumlah 30 peratus (calon) wanita ini dapat dilaksanakan. Kita sabar, memang sabar (namun) sabar pun ada hadnya.

“Kita akan terus konsisten memperjuangkan pembabitan wanita sehingga kuota minimum 30 peratus ini berjaya dan dalam PRN akan datang, mesti ada jumlah sekurang-kurangnya 30 peratus calon wanita di enam negeri ini,” katanya, di sini.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada ucapan penangguhan Perhimpunan Agung Wanita UMNO 2022 di Pusat Dagangan Dunia (WTCKL) di sini.

Mengulas lanjut, Noraini berkata, Wanita UMNO akan terus memperjuangkan hasrat itu dan yakin hasrat murni terbabit mampu dicapai suatu hari nanti. 

Katanya, penyertaan tertinggi penglibatan wanita sebagai calon adalah ketika PRN Johor tahun lalu iaitu sebanyak 25 peratus.

“Kita ada ramai calon…ramai calon (memiliki) diploma, ada Sarjana pun ramai, Doktor Falsafah (PhD) pun ramai, profesional juga ramai,” katanya.

Beliau dalam masa sama meminta supaya semua ahli memberi kepercayaan kepada pimpinan parti yang berada dalam Kabinet untuk membawa suara dan mandat akar umbi.

“Ini bukanlah masa untuk kita mencari salah, menuding jari dan bertelagah sesama sendiri. Ini masa bekerja.

“Inilah masanya kita mengambil langkah sederap, cabaran pilihan raya di enam negeri masih belum selesai,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN