W.H.U.T buka laluan Aisha Retno tembusi Indonesia - Utusan Malaysia

W.H.U.T buka laluan Aisha Retno tembusi Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Aisha Retno bakal terbang ke Indonesia bagi mempromosikan single, W.H.U.T yang menerima sambutan memberangsangkan di negara tersebut.

Aisha pada sidang media konsert Patah Hati memaklumkan, selain mempromosikan lagu itu, kedatangannya ke Jakarta, bulan depan turut memberinya ruang untuk menyantuni peminat di sana.

“Ia sebagai tanda terima kasih saya kepada pendengar di Indonesia yang menjadikan lagu tersebut tular di media sosial sehingga meraih 33 juta tontonan.

“Saya akan berada di Jakarta dari 7 hingga 12 Februari depan untuk mempromosikan lagu, selain membuat persembahan bersama beberapa artis serantau anjuran Sony Music.

“Peluang itu juga saya ambil untuk pulang ke kampung ibu di Jakarta Selatan bertemu saudara-mara di sana,” katanya.

Disoal tentang perancangan menembusi pasaran Indonesia, ujar Aisha, perkara itu menjadi antara impian yang lama disimpan dan masih dalam fasa perancangan.

“Saya mulakan dengan jelajah mempromosikan lagu W.H.U.T dahulu. Insya-Allah, kalau ada rezeki saya mahu lebarkan sayap di sana.

“Saya juga terbuka sekiranya ada artis atau komposer Indonesia yang mahu bekerjasama. Itu juga antara impian yang saya harapkan dapat direalisasikan,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, penyanyi berusia 22 tahun itu memaklumkan, bakal tampil dengan sebuah album extended play (EP) yang bakal menemui peminat sekitar Mac depan.

“Ia hadiah saya kepada peminat yang selama ini menyokong perjalanan seni. EP itu mengandungi antara enam hingga tujuh lagu.

“Kami menggabungkan lagu lama dan baru yang telah saya kumpul sejak menyertai pertandingan Big Stage, tahun lalu,”maklumnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya