Unimap terima dana Penjana KPT hampir RM4 juta - Utusan Malaysia

Unimap terima dana Penjana KPT hampir RM4 juta

ZALIMAN SAULI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU : Universiti Malaysia Perlis (Unimap) telah menerima dana hampir RM4 juta menerusi pelaksanaan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) Kementerian Pengajian Tinggi – Career Advancement Program (KPT-CAP).

Naib Canselor Unimap, Prof. Dr. Zaliman Sauli berkata, dana tersebut sebagai inisiatif dalam usaha menangani cabaran kebolehpasaran graduan dan mengurangkan pengangguran akibat wabak Covid-19 sebelum ini.

Katanya, penularan wabak Covid-19 telah memberikan impak yang besar termasuk dalam sektor pekerjaan dan meningkatkan kadar pengangguran dalam kalangan pelbagai lapisan masyarakat termasuk golongan graduan.

“Pada Disember tahun lalu, Unimap telah menerima dana sebanyak RM818,400 daripada KPT bagi melaksanakan program Penjana KPT-CAP dan RM650,000.00 bagi program Penjana KPT-PACE fasa tiga.

“Kita akan melaksanakan program latihan peningkatan kompetensi secara bersasar kepada graduan sebelum mereka memulakan pekerjaan yang ditawarkan oleh industri,” katanya di sini hari ini.

Tambah Zaliman, program Penjana KPT-CAP berfokus untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan  Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) iaitu universiti awam, Politeknik dan Kolej Komuniti yang bergraduat pada  2019, 2020 dan 2021 belum bekerja atau telah tamat pengajian pada tahun 2022.

“Manakala program Penjana KPT-Professional Certificate (PACE) pula merupakan program peningkatan kemahiran dan pengukuhan kompetensi pelajar tahun akhir dan graduan 2022 melalui pensijilan profesional berasaskan kepakaran dan kompetensi mengikut bidang sebagai nilai tambah kepada kelayakan sedia ada pelajar.

“Sebagai Naib Canselor salah sebuah universiti berfokus kepada Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), saya amat berterima kasih kepada KPT atas inisiatif yang memberi manfaat kepada graduan ini.

“Usaha ini pasti memberi keyakinan semula kepada masyarakat terutama pelajar dan Ibu bapa untuk kembali memilih menyambung pengajian di peringkat lebih tinggi,” katanya.

Sebagai rekod, Unimap sebelum ini telah menerima dana sebanyak RM245,900 bagi melaksanakan empat program Penjana KPT-CAP.

Pada fasa satu program Penjana KPT-PACE yang menjanjikan penempatan pekerjaan, Unimap telah melaksanakan tiga program dengan peruntukan RM360,000

Manakala bagi fasa dua pula, Unimap menerima dana RM1,905,000 bagi melaksanakan 12 program pensijilan profesional.

Antara program yang telah dilaksanakan oleh Unimap ialah IC Design Apprenticeship Program, Short Course On Solar PV System, Electronics Design Engineering Upskilling, Design With CATIA, Advantech IOT/SCADA Training Program, kursus SOP Retort dan Pensijilan MESTI dan pelbagai lagi.

Kesemua program di Unimap diselaraskan oleh Pusat Kebolehpasaran Graduan dan Keusahawanan (CGEE) di bawah seliaan Pengarah, Prof. Madya Dr. Mohd. Najmuddin Mohd. Hassan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya