Unimap, KUIPs buka peluang buat pelajar Uzbekistan sambung pengajian - Utusan Malaysia

Unimap, KUIPs buka peluang buat pelajar Uzbekistan sambung pengajian

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail (kiri) berkenan menerima menghadap delegasi daripada Pejabat Pentadbiran Wilayah Samarkand, Uzbekistan di Galeri Diraja Arau, Perlis hari ini. -UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Pelajar-pelajar dari Uzbekistan dialu-alukan untuk kembali ke Perlis bagi menyambung pengajian di negeri ini selepas era pandemik Covid-19.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, pelajar yang layak memohon bagi menyambung pengajian itu termasuklah dari Wilayah Samarkand di mana mereka boleh mendaftarkan diri di dua institusi pengajian tinggi (IPT) di negeri ini iaitu Universiti Malaysia Perlis (Unimap) dan Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs).

“Dua institusi ini terbukti telah berjaya melahirkan puluhan graduan pada setiap tahun dari Uzbekistan sebelum era pandemik Covid-19,” titah baginda sewaktu berkenan menerima menghadap delegasi daripada Pejabat Pentadbiran Wilayah Samarkand, Uzbekistan di Galeri Diraja Arau di sini hari ini.

Delegasi seramai tujuh orang itu diketuai oleh Timbalan Gabenor Wilayah Samarkand, Kobilov Rustam Rajabboyevich bersama Ketua Mufti dan Imam, Eshonkulov Zayniddin dan Ketua Jabatan Pelancongan dan Warisan Kebudayaan, Akhmedov Makhmud Mukhamadovich.

Turut hadir bersama rombongan itu adalah Rektor Sekolah Tinggi Sains Hadith Yusupov Olimxon dan Pegawai di Kedutaan Besar Uzbekistan di Kuala Lumpur, Elbek Saidov.

Dalam lawatan dua hari ke Perlis itu, Kabilov turut berkesempatan melawat ke beberapa lokasi menarik termasuk Projek Transformasi Diraja Kampung Nelayan Warna-Warni Seberang Ramai Kuala Perlis.

Kabilov berkata, pihaknya juga kagum dengan inisiatif mampan yang telah dilaksanakan oleh Tuanku Syed Faizuddin melalui Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bagi mengubah lanskap dan gaya hidup masyarakat setempat di dalam kawasan itu.

“Saya yakin lokasi menarik itu boleh diketengahkan sebagai satu produk pelancongan baharu yang menarik di negara ini. Namun, ia memerlukan sokongan padu daripada semua pihak terutama sekali masyarakat setempat untuk memastikan kawasan masing-masing kekal bersih, ceria dan mesra pengunjung pada setiap masa,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.