UMNO sah pecat Noh, KJ

UMNO sah pecat Noh, KJ

NOH Omar dipecat dari UMNO selepas diputuskan MKT UMNO di Menara Dato' Onn, Kuala Lumpur. - UTUSAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Tan Sri Noh Omar dan bekas ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin dipecat UMNO berikutan pelanggaran disiplin sewaktu Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan perkara tersebut dalam satu kenyataan akhbar, malam ini.

Selain itu, beberapa pemimpin lain turut digantung selama enam tahun termasuklah ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan, bekas Ahli Parlimen Jempol Datuk Salim Mohd Sharif dan Ketua Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang.

“Turut dipecat ialah lima ahli UMNO Bahagian Pasir Gudang, sembilan ahli UMNO Bahagian Putrajaya, dua ahli UMNO Bahagian Tanjung Karang dan 26 ahli UMNO dari negeri Pahang.

” Antara kesalahan mereka ialah menjadi calon bebas, calon parti selain Barisan Nasional (BN) dan terlibat membantu parti lawan ketika PRU15,” katanya.

Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pula menggantikan kedudukan Datuk Seri Hasni Mohammad sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO negeri Johor. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya