UMNO: Rayuan Tajuddin Rahman ditolak

UMNO: Rayuan Tajuddin Rahman ditolak, Bahagian Arau digantung

ISHAM JALIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Rayuan bekas Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman daripada digantung keahliannya dalam UMNO ditolak.

Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil berkata, keputusan itu berkuat kuasa hari ini dan penggantungan adalah selama enam tahun.

Selain itu, Isham memaklumkan, UMNO Bahagian Arau digantung atas sebab disiplin dan akan dilantik ketua pentadbir baharu.

“Rayuan Tajuddin ditolak dan penggantungannya berkuat kuasa hari ini. Atas alasan disiplin seperti yang terkandung dalam perlembagaan UMNO.

“Bahagaian Arau ini, kita akan lantik Ketua Pentadbir secepat mungkin dan mereka akan hadir sebagai pemerhati,” katanya ketika ditemui  selepas mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi di Menara Dato’ Onn, di sini, malam ini..

Tajuddin sebelum ini dilaporkan digantung keahliannya selama dua penggal atau enam tahun, namun beliau telah mengemukakan rayuan.

Sementara itu, UMNO Perlis sebelum ini mengesahkan Ketua Wanita UMNO Bahagian Arau, Datin Seri Shamsiah Yasin yang juga isteri kepada penyandang kerusi Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim digantung keahliannya

Sebelum itu, Shahidan turut disingkir daripada jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis dan digantikan dengan Datuk Seri Azlan Man.

Dalam perkembangan lain, Isham turut menjelaskan mesyuarat pada malam ini hanya menyentuh perjalanan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang bermula 11 Januari ini.

“Kita bincang perjalanan PAU secara asasnya. Ada 2,738 perwakilan, pertambahan 182 perwakilan kali ini,” jelasnya.

Beliau berkata, dalam mesyuarat berkenaan tidak membincangkan mengenai jemputan kepada Pakatan Harapan (PH) untuk menghadiri PAU. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya