UMNO kena berani sebagaimana mereka yang dipecat itu berani fitnah parti

UMNO kena berani sebagaimana mereka yang dipecat itu berani fitnah parti – Puad

MOHD. PUAD ZARKASHI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: ‘Berapa ramai anak muda dibawa masuk sokong UMNO?’

Demikian persoalan dibangkitkan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi bagi menjawab sindiran pihak tertentu yang mendakwa keputusan memecat dan menggantung beberapa pemimpin parti akan menyebabkan anak muda lari daripada UMNO.

“Kita tanya balik, berapa ramai anak muda yang mereka bawa masuk untuk sokong perjuangan UMNO?,” soal Mohd. Puad dalam Facebook beliau hari ini.

Menurut Mohd. Puad lagi, tindakan memecat pemimpin UMNO bukan satu tindakan luar biasa kerana parti lain juga melakukan perkara sama setelah didapati membelakangkan dan melanggar peraturan parti.

Jelasnya, tindakan itu dibuat bukan sahaja menghentam kepemimpinan, tetapi membelakangkan UMNO apabila menjadi dalang utama khususnya mendorong ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menandatangani surat akuan (SD) menyokong Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

“Beberapa nama penting terlibat. Khairy Jamaluddin dan Tan Sri Noh Omar dipecat. Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Shahril Hamdan, Datuk Seri Salim Sharif dan Datuk Maulizan Bujang digantung enam tahun. Manakala Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahaya dikenakan surat tunjuk sebab.

“Apakah ini mengejutkan? Parti kena berani sebagaimana mereka yang dipecat itu berani memfitnah parti. Bersatu juga memecat Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir. PKR pula memecat Datuk Seri Azmin Ali, Tian Chua dan Datuk Zuraida Kamaruddin. Tiada yang luar biasa.

“Luar biasa ialah tindakan Khairy menghentam parti dan Presiden semasa kempen pilihan raya umum. Parti jadi kambing hitam kononnya untuk meraih undi. Lagi luar biasa tindakan Hishammuddin. Dia tidak serik membelakangkan parti, bawa ahli Parlimen UMNO ke rumah Azmin Ali. Suruh Ketua Bahagian Sabah masuk Bersatu. Penggerak utama MP BN tandatangan SD sokong Muhyiddin adalah Hishamuddin,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd. Puad berkata, keputusan tersebut dibuat secara demokratik kerana diputuskan atas syor Lembaga Disiplin UMNO dan kemudian dibincangkan dalam Majlis Tertinggi bukannya keputusan Presiden sendiri.

“Biasanya Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan (Timbalan Presiden UMNO) yang bawa syor Lembaga Disiplin. Noh yang hadir mesyuarat MT malam tadi keliru. Dia tuduh Presiden UMNO buat keputusan sendiri. Ini berbeza bila Dr. Mahathir pecat Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tun Mahathir bawa ke MT untuk pecat Anwar tanpa melalui Lembaga Disiplin.

“Noh bukan dipecat kerana isu usul tiada pertandingan jawatan nombor satu dan dua. Dia dituduh sabotaj parti semasa PRU15. Ada 16 laporan sabotaj terhadap Noh Omar. Kenapa Khairy dipecat? Khairy memang melampau. Memburukkan parti dan Presiden semasa kempen PRU amat keterlaluan. Fitnah pengundi hantu semasa PAU UMNO 2022 berniat jahat,” katanya.

Jelas Mohd. Puad lagi, dipecat amat menyakitkan tetapi telah menjadi keperluan demi masa depan UMNO.

“Kalau betul cintakan parti merayulah. Kalau tidak mahu merayu tunggulah 6 tahun. Kecuali mereka sudah ada pilihan lain. Buatlah pilihan,” ujarnya. – UTUSAN

 

HABIS

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.