UMNO cabar kemenangan Abdul Hadi 

UMNO cabar kemenangan Abdul Hadi 

ABDUL HADI AWANG (kiri) dan AHMAD SAID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: UMNO Terengganu mencabar kemenangan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang di Parlimen Marang menerusi petisyen pilihan raya yang dikemukakan pada 3 Januari lalu.

Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Said berkata, pihaknya turut memfailkan petisyen pilihan raya bagi mencabar keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di dua Parlimen lain iaitu Kuala Terengganu dan Kemaman masing-masing dimenangi Pas.

Beliau menjelaskan, petisyen pilihan raya itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu di atas alasan dakwaan wujud rasuah pengundi di ketiga-tiga Parlimen itu sepanjang tempoh kempen PRU15.

“Saya tidak pernah melihat sepanjang tempoh sembilan kali saya bertanding, wang berleluasa digunakan sehingga saya dapat maklumat, semasa seorang pengundi luar pergi ambil duit, duit itu bertimbun-timbun dalam bilik.

“Sebab itu saya pernah tanya dulu, dari mana datang duit ini yang begitu banyak. Sebab itu di Kemaman, pada malam 18 November, pilihan raya pada 19 November, pada malam 18 November, mereka adakan perarakan di Kemaman. 

“Mereka tahu, dengan duit dikeluarkan itu, dengan pengundi yang dibayar, mereka pasti menang dan saya kalah lebih daripada 27,000 undi di Kemaman,” katanya dalam sidang media di Menara Dato’ Onn di sini hari ini.

Sebelum ini, UMNO mengesahkan juga mencabar kemenangan Pas di Gua Musang menerusi petisyen difailkan oleh wakil kepada calon Barisan Nasional (BN), Tengku Razaleigh Hamzah di Mahkamah Tinggi Kota Bharu.

Dalam pada itu, peguam Amin Othman berkata, pihaknya sudah mempunyai cukup saksi untuk membawa kes itu ke mahkamah nanti dan setakat ini, jumlahnya hampir 20 orang.

“Asas kepada petisyen adalah bersandarkan dakwaan isu rasuah yang berlaku semasa tempoh berkempen dan semasa hari mengundi. 

“Kami telah failkan pada 3 Januari 2023, telah sempurna petisyennya dan telah dihantar kepada ketiga-tiga calon yang menang termasuk kepada Abdul Hadi,” ujarnya.

Katanya, perkara itu difailkan mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya