UMNO berada pada tahap paling lemah - Penganalisis

UMNO berada pada tahap paling lemah – Penganalisis

KARTINI ABOO TALIB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: UMNO disifatkan berada pada tahap paling lemah di bawah kepimpinan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan kemungkinan akan terus menjunamkan parti itu.

Timbalan Pengarah Institut Kajian Etnik (Kita), Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Dr. Kartini Aboo Talib berkata, situasi itu boleh dijangkakan selepas tindakan beberapa pihak dalaman UMNO membuat laporan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) semalam.

Menurut beliau, pengaduan kepada RoS itu membuktikan masih terdapat ahli UMNO yang celik mata dan hati berusaha keras mahu mengembalikan roh perjuangan UMNO ke jalan yang tepat sebagai parti Melayu yang wujud demi mempertahankan bangsa dan agama.

“Kalau mereka hanya senyap dan menafikan barah yang menimpa UMNO, mereka tiada bezanya dengan Ahmad Zahid dan Timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan yang kini dikenali sebagai oportunis demi survival parti tanpa mengira prinsip utama UMNO.

“Perjuangan mahu membersihkan UMNO menuntut pengorbanan besar atas nama perjuangan demi agama dan negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, dua ahli UMNO membuat laporan kepada RoS bagi meminta satu siasatan kemungkinan berlakunya perlanggaran Perlembagaan parti berhubung usul tiada pertandingan untuk dua jawatan tertinggi.

Ahli UMNO Terengganu, Muhammad Aizat Fikri Mohd. Nasir dan ahli UMNO Negeri Sembilan,  Muhammad Fiqri Firdaus Muhammad Rom mendakwa usul yang dibentangkan dalam Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini melanggar Artikel 10 Perlembagaan parti itu. РUTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya