UMNO akan hilang lebih banyak sokongan - Mohd. Amar

UMNO akan hilang lebih banyak sokongan – Mohd. Amar

MOHD. Amar Nik Abdullah (kiri) semasa menyampaikan Watikah Pelantikan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Bagi 2023, di Kota Bharu, Kelantan hari ini. - UTUSAN/ROSMIZAN RESDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Tindakan UMNO memecat dan menggantung nama-nama besar akan menyebabkan parti itu kehilangan lebih banyak sokongan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata,  tindakan itu dilihat sebagai satu usaha terdesak yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi untuk memastikan kedudukannya di dalam parti tidak tergugat.

“Pada saya ia memberi kesan besar kepada UMNO dan boleh menyebabkan UMNO akan kehilangan lebih banyak sokongan pada pilihan raya akan datang.

“Malah ia juga akan beri kesan yang besar terutamanya di Selangor kerana bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar ini walaupun ada kelemahan biasa sebagai manusia, tetapi beliau berpengaruh dalam kalangan masyarakat terutamanya orang UMNO,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Kelantan 2023 di sini, hari ini.

Utusan Malaysia melaporkan, Khairy dan bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Tan Sri Noh Omar dipecat daripada UMNO berikutan pelanggaran disiplin sewaktu PRU15.

Selain itu, beberapa pemimpin lain turut digantung selama enam tahun termasuk Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Su­ an Hamdan; bekas Ahli Parlimen Jempol, Datuk Salim Mohd Sharif dan Ketua Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang.

Mohd. Amar memberitahu, pemecatan dan penggantungan itu juga akan menyebabkan wujud penentangan dalaman daripada ahli-ahli UMNO dan Pas tidak menolak kemungkinan akan ada protes secara senyap.

Katanya, sejak dari dahulu lagi, Pas sentiasa bersifat terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat boleh menyertai parti itu.

“Sejak dari dahulu, kita sentiasa terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat boleh menyertai Pas dan kita tidak ada masalah.

“Bagaimanapun, Pas tidaklah sampai ke tahap mendesak ataupun memujuk, cuma kita buka pintu kita kepada sesiapa sahaja yg boleh bersama-sama,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya